Friday 12 August 2011

UNTITTLE

Love my new hair cut! =)
Ohh yeah,i got my contact lens,
World,i can see you now clearly!


Hari nie saya bosan teramat sangattt!
Sebenarnya saya sedang merindui bf kesayangan saya.
Tapi malangnya dia busy.
So saya pun bosan.
Maka saya pun jadi insan paling rajin
Blogwalking ke mana sahaja mata saya nak membaca.
Tetiba saya terbukak satu entry yang menarik
Surat untuk bakal ibu mertua.
kelakar sangat lahhh =P


Assalamualaikum..

Hai mama eh makcik..Apa khabar? Saya harap makcik sekeluarga sentiasa sihat dan berada di bawah lindungan Tuhan. Walaupun saya tahu makcik takde blog,takde fesbuk,takde formspring saya tetap degil untuk menulis surat ini kepada makcik. Siapa tahu ada kawan-kawan makcik yang membaca blog dan menceritakan tentang surat ini kepada makcik kan?


Untuk makluman makcik,saya sedang serius mencintai anak makcik. Maksud saya anak perempuan makcik,tak pernah terfikir lagi saya nak mencintai anak lelaki makcik. Jangan risau,saya normal orangnya. Saya yakin makcik cantik orangnya,kalau tak cantik mustahil makcik mempunyai anak secantik itu.

Untuk pengetahuan makcik,saya berasal dari Kuantan,Pahang. Rumah saya dengan Teluk Cempedak tak sampai 4 lagu main kat radio dah boleh sampai. Sebagai orang Kuantan saya tidak mempunyai loghat atau dialek yang sukar untuk difahami. Jadi saya yakin makcik boleh berkomunikasi dengan saya secara mudah dan jelas.

Pada masa lapang mungkin saya boleh membawa makcik ke kota keriangan Genting Highlands dan tahukah makcik Pahang satu-satunya negeri yang mempunyai kasino dalam Malaysia. Tapi sumpah saya tak pernah berjudi,setakat bet rokok time bola tu selalulah saya buat. Selain Genting Highlands,Pahang juga mempunyai Cameron Highlands yang terkenal dengan tanaman strawbery dan teh. Makcik suka makan strawbery? Kalau tak suka,jangan risau. Saya akan cari apa sahaja yang makcik suka..

Makcik..
Di sini saya ingin memberitahu beberapa kelebihan saya,bukanlah niat saya untuk membesar diri tapi sekadar untuk menyakinkan hati makcik. Sebagai seorang yang peramah dan mesra,saya boleh memeriahkan rumah makcik dengan kehadiran saya. Oleh kerana mak saya mempunyai sebuah kedai makan,saya juga tidak kekok untuk memasak. Selain dari itu,saya juga agak cekap menguruskan kanak-kanak dari usia setahun hingga 12 tahun lantaran sudah mempunyai anak saudara yang ramai.

Tapi saya juga sedar saya turut mempunyai kelemahan. Saya mendapat tahu yang makcik tidak suka mempunyai menantu yang menghisap rokok. Walaupun payah untuk saya lakukan,saya berjanji pada hari saya mengambil anak makcik untuk dijadikan orang rumah saya pada waktu itu saya sudah bebas dari nikotin. Atau paling kurang pun saya akan menghisap rokok secara curi-curi tanpa makcik ketahui. Percayalah,saya profesional dalam melakukan sesuatu tanpa diketahui orang.

Saya juga sedar saya masih tidak mampu untuk menjaga anak makcik sekarang tapi Tuhan saje yang tahu betapa saya mencuba untuk hidup secara stabil demi membahagiakan anak makcik pada masa depan. Saya boleh memberi jaminan ketika saya datang dengan rombongan ke rumah makcik pada masa itu saya sudah bersedia. Saya tidak akan mengada-ngada datang untuk menakluk hati makcik dengan keadaan di mana saya tidak mampu menjaga anak makcik. Ini saya boleh janji..

Makcik..

Saya tak pernah meletakkan syarat pada cinta saya. Tapi saya tidak kisah jika makcik meletakkan apa-apa syarat kepada saya. Makcik lebih mengenali anak makcik dari saya. Andai kata makcik tidak memberi restu,saya akan mengundurkan diri walaupun saya agak pada waktu itu saya geram-geram nak bawak anak makcik kahwin lari. Siapalah saya untuk membangkang seorang ibu yang lebih tahu apa yang bagus untuk anaknya.

Saya cuma ingin tegaskan yang saya mencintai anak makcik bukan untuk sehari dua,bukan juga untuk setahun dua tetapi saya mencintai anak makcik selagi saya boleh mencintainya. Saya mungkin paling puaka dalam dunia tapi tentang perasaan,saya mungkin yang paling true. 

Ketahuilah kalau perasaan saya terhadap anak makcik tidak serius,saya dah lama pergi. Saya syak makcik pun tahu anak makcik seorang yang degil dan keras kepala. Buat apa saya nak penat-penat tahan dengan sikap anak makcik kalau saya tidak serius dengannya ye dak?

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada makcik. Terima kasih kerana melahirkan,membesarkan dan menjaga seorang perempuan yang saya sayangi. Sepertimana saya sayang anak makcik,begitu jugalah saya sayang makcik. Kirim salam pada ayah eh pakcik dan sampaikan padanya untuk jaga kesihatan betei-betei kerana saya ingin dia sendiri yang menyerahkan anak perempuannya pada saya suatu hari nanti. Saya akhiri surat saya kali ini dengan serangkap pantun.

Pecah kaca,pecah gelas,
Cukuplah makcik baca,saya tak mintak makcik balas.

No comments:

Post a Comment