Friday, 12 August 2011

UNTITTLE

Love my new hair cut! =)
Ohh yeah,i got my contact lens,
World,i can see you now clearly!


Hari nie saya bosan teramat sangattt!
Sebenarnya saya sedang merindui bf kesayangan saya.
Tapi malangnya dia busy.
So saya pun bosan.
Maka saya pun jadi insan paling rajin
Blogwalking ke mana sahaja mata saya nak membaca.
Tetiba saya terbukak satu entry yang menarik
Surat untuk bakal ibu mertua.
kelakar sangat lahhh =P


Assalamualaikum..

Hai mama eh makcik..Apa khabar? Saya harap makcik sekeluarga sentiasa sihat dan berada di bawah lindungan Tuhan. Walaupun saya tahu makcik takde blog,takde fesbuk,takde formspring saya tetap degil untuk menulis surat ini kepada makcik. Siapa tahu ada kawan-kawan makcik yang membaca blog dan menceritakan tentang surat ini kepada makcik kan?


Untuk makluman makcik,saya sedang serius mencintai anak makcik. Maksud saya anak perempuan makcik,tak pernah terfikir lagi saya nak mencintai anak lelaki makcik. Jangan risau,saya normal orangnya. Saya yakin makcik cantik orangnya,kalau tak cantik mustahil makcik mempunyai anak secantik itu.

Untuk pengetahuan makcik,saya berasal dari Kuantan,Pahang. Rumah saya dengan Teluk Cempedak tak sampai 4 lagu main kat radio dah boleh sampai. Sebagai orang Kuantan saya tidak mempunyai loghat atau dialek yang sukar untuk difahami. Jadi saya yakin makcik boleh berkomunikasi dengan saya secara mudah dan jelas.

Pada masa lapang mungkin saya boleh membawa makcik ke kota keriangan Genting Highlands dan tahukah makcik Pahang satu-satunya negeri yang mempunyai kasino dalam Malaysia. Tapi sumpah saya tak pernah berjudi,setakat bet rokok time bola tu selalulah saya buat. Selain Genting Highlands,Pahang juga mempunyai Cameron Highlands yang terkenal dengan tanaman strawbery dan teh. Makcik suka makan strawbery? Kalau tak suka,jangan risau. Saya akan cari apa sahaja yang makcik suka..

Makcik..
Di sini saya ingin memberitahu beberapa kelebihan saya,bukanlah niat saya untuk membesar diri tapi sekadar untuk menyakinkan hati makcik. Sebagai seorang yang peramah dan mesra,saya boleh memeriahkan rumah makcik dengan kehadiran saya. Oleh kerana mak saya mempunyai sebuah kedai makan,saya juga tidak kekok untuk memasak. Selain dari itu,saya juga agak cekap menguruskan kanak-kanak dari usia setahun hingga 12 tahun lantaran sudah mempunyai anak saudara yang ramai.

Tapi saya juga sedar saya turut mempunyai kelemahan. Saya mendapat tahu yang makcik tidak suka mempunyai menantu yang menghisap rokok. Walaupun payah untuk saya lakukan,saya berjanji pada hari saya mengambil anak makcik untuk dijadikan orang rumah saya pada waktu itu saya sudah bebas dari nikotin. Atau paling kurang pun saya akan menghisap rokok secara curi-curi tanpa makcik ketahui. Percayalah,saya profesional dalam melakukan sesuatu tanpa diketahui orang.

Saya juga sedar saya masih tidak mampu untuk menjaga anak makcik sekarang tapi Tuhan saje yang tahu betapa saya mencuba untuk hidup secara stabil demi membahagiakan anak makcik pada masa depan. Saya boleh memberi jaminan ketika saya datang dengan rombongan ke rumah makcik pada masa itu saya sudah bersedia. Saya tidak akan mengada-ngada datang untuk menakluk hati makcik dengan keadaan di mana saya tidak mampu menjaga anak makcik. Ini saya boleh janji..

Makcik..

Saya tak pernah meletakkan syarat pada cinta saya. Tapi saya tidak kisah jika makcik meletakkan apa-apa syarat kepada saya. Makcik lebih mengenali anak makcik dari saya. Andai kata makcik tidak memberi restu,saya akan mengundurkan diri walaupun saya agak pada waktu itu saya geram-geram nak bawak anak makcik kahwin lari. Siapalah saya untuk membangkang seorang ibu yang lebih tahu apa yang bagus untuk anaknya.

Saya cuma ingin tegaskan yang saya mencintai anak makcik bukan untuk sehari dua,bukan juga untuk setahun dua tetapi saya mencintai anak makcik selagi saya boleh mencintainya. Saya mungkin paling puaka dalam dunia tapi tentang perasaan,saya mungkin yang paling true. 

Ketahuilah kalau perasaan saya terhadap anak makcik tidak serius,saya dah lama pergi. Saya syak makcik pun tahu anak makcik seorang yang degil dan keras kepala. Buat apa saya nak penat-penat tahan dengan sikap anak makcik kalau saya tidak serius dengannya ye dak?

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada makcik. Terima kasih kerana melahirkan,membesarkan dan menjaga seorang perempuan yang saya sayangi. Sepertimana saya sayang anak makcik,begitu jugalah saya sayang makcik. Kirim salam pada ayah eh pakcik dan sampaikan padanya untuk jaga kesihatan betei-betei kerana saya ingin dia sendiri yang menyerahkan anak perempuannya pada saya suatu hari nanti. Saya akhiri surat saya kali ini dengan serangkap pantun.

Pecah kaca,pecah gelas,
Cukuplah makcik baca,saya tak mintak makcik balas.

Thursday, 4 August 2011

PUASA

Selamat Berpuasa buat semua umat Islam di seluruh dunia!
Mudah mudahan Ramadhan kali nie memberi 1001 makna buat kita semua.
Selamat Berbuka!
Selamat Bersahur!
Selamat Berterawih!
Selamat Bertadarus!
moga selamat lah segalanya ;)


Syukur alhamdulilah,
Puasa pertama dapat berbuka bersama keluarga tercinta.
Puasa kedua pula saya berpulang berbuka bersama kekasih terkasih.
Semuanya adalah insan insan yang amat saya sayangi.
Ingatkan nak berbuka bersama kawan pula lah seterusnya.
bole tak kawan kawan??? :D


Cuma ada sumtin yang saya cukup benci!
Ada ke patut nga teruja nak puasa,
Tapi ada exam??? dugaan betul :(
Exam pertama jatuh pada hari pertama puasa pulak..


And guess what, apakah malangnya!
Saya tak sempat menjawab exam pada exam ke3.
Atas sbb pertukaran jadual yang dilakukan last minutes
Sesungguhnya fatinfatihah amat marah yee!


Pada mulanya exam bermula pukul 4 petang.
Entah kenapa dan mengapa diawalkan ke pukul 12.30
Dan saya baru dapat tahu tepat jam 12.00
Memang tak sempat lah saya nak jawab!
Dah lah saya belum mandi apa2 lagi masa tu.
Perjalanan ke sana je da makan sejam!
Nak menunggu train yang jenuh tu.
Haishhhh rasa nak menangis jee!
Nak repeat exam kene bayar lagi.
Semuanya melibatkan duit haiyaaaaaaaa


Oke kite bercerita yang manis lah pulak ;)
As i told before, saya berbuka gn bf saya pada puasa kedua.
Hmm masa tu exam saya habis at 2.30 pm.
Si dia berjanji nak ambil saya kat MSU lepas saya habis exam.
Tapi disebabkan si dia kene tolong makciknya,
Dia mintak saya tunggu sebentar.
Katanya dalam pukul 6 baru selesai urusannya tu.


Si dia meminta saya pulang ke rumah dulu.
Kononnya kesian lah saya kene tunggu lama2.
Saya pun balik lah...menuju ke arah teksi.
Tup2 saya nampak kereta si dia!
Alahai si kereta bermerah jambu di situ!
Membuat hati saya bebunga2!
Tipuu ek kata lambat.


Kami pun gerak ke Kota Damansara.
Sbb kitorang ingatkan nak buka kat Gulam Mee.
Korang twu tk kedai tu??
Mee kat sana memang sedap2 weyh!
Ececeh promote lah konon.
Padahal baru makan sekali.


Tapi apakan daya, sampai sana,kedai tu tutup :((
Rosak plan punah harapan nak bedal char kuey teow.
At last makan kt tempat biasa kitorang salu makan :))
Itu pun dah cukup memadai buat kami berdua.


Akhir kata,harap dapat berbuka dengan si dia lagi :P
Alang2 bole shoping baju raya sekali!
Ingat tema kita, warna PUTIHHH
bole ye sayangku??????????? hehehe -.-


Lots of love,
- FATINFATIHAHYUSOF -

Saturday, 9 July 2011

random!

hello everyone!
erkkk everyone????

hey cik fatin fatihah,
ade ke orang nak bace blog ko??

saya twu tade sape pun nak bace blog saya.
macam saya kesa pulak kan.
pedulik hape aku..
asalkan aku bahagia.
 i create this blog just for my own actually

melalui blogging,
saya dapat mencurahkan perasaan seniri.
yang tak dapat saya luahkan secara lisan.
so saya cuba dari sudut penulisan.
dan saya rasakan ianya berkesan.

maka saya pun meneruskan blogging
tanpa menghiraukan ade ke tk orang nak bace

melalui blogging juga,
saya dapat becerita.mengenai pahit manis
sepanjang perjalanan hidup saya
untuk saya kenangi di masa akan datang.

okayy what i'm going to share today??
1st teringin plak nak perm hair :)
agak2 lah kan,sesuai tak???
guyss! i need ur opinion pleaseee.

orait next! rasa nak facial pulak.
da lama gila kutt muka nie tak dibelai gitu.
tp bile pike duit???erghhh esok2 jela facial nie.
last2 tk wat pun.huhu.

ape lagi ye nak post under title random nie??
haaa saya sebenarnya rasa nak buang je laptop saya.
nak beli jenama lain plak. maybe dell or anything else.
tak best lah acer, harap mahal jee :P


skrg kite cakap sal makanan pulak ek.
memandangkan saya sedang kelaparan -.-
saya nie macam mengidam plak.
banyak bende nak makan!


saya kalau bole nak melantak Aunty Anne's sekarang.
dan saya nak choc Ferero Rocher, Toblerone & Kinder Bueno.
sampai kembung perut saya nie!

saya juga rinduuuuuuuuu nak makan sushi!
dulu2 time closing je makan sushi smpy lebam!
maklum lah dulu saya keje Sushi King.

tekak nie hauskn pulak cool blog.
suke gile gile pearl nye.
selalu request pearl letak banyak2!

enough about food i guess.
hmm Maharaja Lawak!
busan lah pulak tade ML sekarang.


kalau tak,dulu setiap minggu tengok.
tepat jam 10 malam da tepacak depan tb,
bkk chanel warna 132.


never miss lah weyh!
tapi time final lak boleh miss tengok kan?
weyhh best tak final Mahraja Lawak??


tp nak tengok pun tade mood.
sbb bkn Jozan yang menang.
tp Sepah pun oke jee.hukhuk.

what else??KL Gangster!
Manyak best uhhh!
minat gilee kt aaron aziz !

Watak aaron dalam cite Nora Elina.
wat rasa nak kawin cepat jee.
apis sayangggg jum kawin!!! =)


lastlyyy gonna talk about friends.
apakah sekarang musim clash??
sume sahabat handai saya dalam kesedihan.
besabarlah duhai Kila dan Leha sygg :(

tetibe rasa takut lak tentang hubungan saya dan apis!
ohh no! kite jgn pena bepisah taw syg.
sbb orang cintakan sygg sangatttttttttt! <3 <3

Friday, 8 July 2011

lalalalala =.=



kawan kawan! nampak tak?
wajah saya sedang segembira ini! =)
nampaknya memanjang nak tersenyum jee :)

syukur alhamdulilah,thank you ya Allah :)
i did veryyyyyy well for my last semester :)
i got A in all subjects :) 

kejayaan atin hari ini khas untuk ibu tersayang
yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati

kalau mak masih hidup hari ini,
mak mesti gembira dengan keputusan atin
kankan?? 

atin sebenarnya rinduu kan mak..
rindu nak tengok air mata kegembiraan mak..
rindu nak tengok mak tersenyum gembira.. 

macam masa atin PMR dan UPSR,
masih segar di ingatan pelukan mak.
atin twu,smpy bile pun atin takan dpt lagi tgk wajah gembira mak

dari dulu lagi,atin terkilan sesuatu sebenarnya.
atin sedar atin pernah hampakan mak masa SPM.
maafkan atin makk :(

haiyaa FATIN FATIHAH lah tahzan.
be strong pleasee!

mak...atin sentiasa mendoakan mak walau apapun.
wajah mak sentiasa di hati atin.
apa yang atin lakukan,atin tapena lupakan mak.
malah,segala galanya untukmu ibu tersayang <3




lots of love,
- fatinfatihah -
(your daughter)

Monday, 27 June 2011

BIRTHDAY BOY!

Muhamad Hafiz Azli :)
HAPPY BITHDAY sayanggg <3
SWEET 20
27 JUNE 2011 

Today (27 June 2011) is his birthday,
yesterday (26 June 2011) was her mom's birthday,
and 25 June 2011 was my mom's birthday.
hmmm i think he is totally mine :)
ohh yeah syg, i hope you like my gift.
just a simple gift on your special day!







Some people like Sunday,
some people like Monday,
But I like one day!
It's your birthday!

For the world,
It's just another day,
But for me,
It's the best day of the year!

May you have all the joy your heart can hold,
All the smiles a day can bring,
All the blessings a life can unfold,
May you have God's best in everything!

A day full of smiles, laughter and fun,
A day for enjoying all of life's little pleasures,
And most of all wishing that this very special day,
The only beginning of a very beautiful year!


Loving you,
- FATIN FATIHAH -

Saturday, 26 March 2011

makkk :(

Ntah mengapa, malam nie adik teringatkan arwah mak.
Ya allah, rinduu nye adik kt mak! Sumpa rinduuu sgt2! :(
Arwah??? kadang2 adik macam masih tak boleh terima hakikat. 

Seumur hidup adik, inilah dugaan paling berat pernah adik tanggung.
Adik terpaksa menghadapi perpisahan paling besar dalam hidup ini. 
Rasa macam terkapai kapai, lemas dalam dunia ini mak. 

Selama nie mak manjakan adik.
Sebab adik anak bongsu dalam keluarga.
Along angah semua cakap mak mesti sebelahkan adik. 

Adik nak mak hadir pada hari adik konvokesyen adik..
Adik nak mak ada pada hari perkahwinan adik.
Adik nak mak sentiasa di sisi di samping adik.

Dulu masa angah along kawin konvo sume, mak ada.
Tapi nape mak tak boleh tunggu hari istimewa adik?
Jujo adik dengki kat along angah semua. 

Adik cemburu tengok kawan2 adik dengan mak dorang.
Adik marah mak dah pergi...
Mak dah tinggalkan adik....jaohhh!! 

Sedih sangatt bile fikirkan yang mak takan pernah kembali untuk adik lagi.
Ramai orang nasihat adik, berhentilah menangis.
Tapi berdosa ke adik menangis sebab merindui mak? 

Adik tak kuat, adik lemahh :(
Sampai hati mak....kembalilah makk :(
Setiap malam adik rindukan mak.. 

Ya allah apa yang aku cakap nie?
Beristighfar atin.......
Tadi terbaca 1 sajak.


Lahir dari perut mak.
Perkataan pertama yang aku sebut lepas lahir 'mak'   

Bila dahaga, yang susukan aku....mak..
Bila lapar, yang suapkan aku....mak.. 

Bila nak tidur, yang dodoikan aku....mak.
Bila bangun tidur, yang aku cari....mak.. 

Bila nangis, orang pertama yang datang....mak..
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak.. 

Bila takut, aku selalu panggil.. “makkkkkk! “
Bila takut, yang tenangkan aku....mak.. 

Bila sakit, orang paling risau adalah....mak..
Bila sakit, orang paling sibuk juga adalah....mak.

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu....mak..
Bila gembira, orang yang aku peluk cium....mak.. 

Bila ada masalah, aku suka luah pada mak..
Bila aku dalam kesusahan, yang selalu nasihat aku... mak..

Bila nakal, yang memarahi dan meleteri aku mak..
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah mak..
 


Kini semuanya hilang sekelip mata, sudah tiada lagi :(
Sukar bagiku menelan segala kepahitan ini.
Kehilangan yang tidak pernah ada gantinya.
Ya Allah tabahkan hati hambamu ini.

Potret mak selalu kutatap rindu..
Memori besama mak sentiasa di hati..
Pengorbanan dan jasa mak tak dapat kulupakan,.
Ku mampu balas dengan doa yang tidak pernah putus.

Moga mak ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al fatihah untuk arwah mak
Azizah Ibrahim  <3





speechless

as usual, on9 facebook, checking out everyone's status and updates.
suddenly, my eyes caught something weird at my profile.
notes?? i never write any notes if i am not mistaken.
apisss?? nahhh impossible! but who knows?
very curious and i decided to read.
well i am surprised! really surprised in fact, totally shocked!
speechless unpredictable unexpected!
i errr i .....cant express my feeling through words.
what can i just say, i am too happy =)
copy paste from what he wrote. isn't sweet? auwww.
he wrote this notes on 2 march 2011.
but i just realized about these on 26 mac.
can't you imagine??


i love you too my boy! <3




"Todae 2 march 2011.... ari rabu. aq xtaw la nape aq rinduuuu sgt kt die...
srious aq lum penah ag ase mcm nie... aq tol2 sygkn die, aq cintakn die. niat aq 
nk keje leklok nk stabil nk cpt2 la dpt keje yg ssuai...aq nk kmpul duit sume aq nk kawen! 
heee... gatal gak nk kawen2.. haish2... tp aq tol2 syg.... bg org laen mybe br lg la kmi kpel.5bln... 
tp bg aq ckop lme... ckop lme smpai aq xleh benti pk sal die tiap2 hri..hurmm...

Kami dlu same skola, contact2 then msing2 myepi wat mse yg agk lme..taon lps la bln 9 die
tgur aq kt fb... syukur la die tgor..pnye la cari fatin fathah nie xjupe upe2nye da lme dlm friend 
list aq haa.... haha...  then aq borak2 la pe sume mntak lak num phone..  tlintas lak lam pale otak 
nk suh die jd kpel aq olok2 sbb ade bdk nie sudah sangkot sama aq la,mau mntak la fatin nie
jd kpel olok2, pdahal mmg nk mgayat si fatin nie.. hehe.xsempat nk ayt tyme kpel olok2, trus
mmberanikn diri memintakkn kekapelan gn die... huhu..lme2 kg mlepas kawe gak yg rugi.. 
hehe...mule2 tkt gak kne reject ke ape ke en..tbe2 die trime.. sblum mgrib mnx kpel then ckp
tggu pas mghrib nk g smyg... aq pon mnggu dgn pnuh kerisauan tkut direjectnye kang... hehe
dgn tetibe bliau trime pas da stel smyg sume uh.. algkah gumbira nya ati ku...
seumur hidop aq.aq xpena ag dpt pompuan mcm die... yg perfect sgt... bg aq la kn...hehe
1st tyme jupe la die pkai bju merah aq pon sme, walaupon xplan tp kami shati sejiwwa.. haha...
kpel 30sept10... ari yg sgt bmkna wt kmi berdua... 

Apa yg aq harapkn hbgn kami akn kekal mncecah ke jinjang plamin mncecah smpai ke ank cucu cicit.
hehehehe,,, pling aq suke tyme die gelak, ati ku suka suki wat die ketawa xbenti2.. best jea..
skunk plak die sik sedih mak nye br mninggal..takziah pd kluarga syg... wlupepn egt lah k org ade 
gn die sntiase, sedih ke hepi ke org ttap ade.xcye ke?? syg sorg jela yg twu yg org penah buktikn.
cnta org pd die xkn penah berubah taw... byk tol dugaan syg bulan nie...pape pn org akn wat die
hepi n ceria salu...heheee.... xpernah aq ase bgia smpai cmni sali.humm..

Fatin Fatihah hj Yusof,die sgt bermakna wat aq.wlaupon dlu die sik gelabah aq ttap syg die,
hehehehe...same2 kte doa pade tuhan agar sy dan fatin fatihah nie ade jodoh n akn melangsungkn pkhwinan.
hepy ending lah kirenye,,, hehehe.. I loVe yoU so Much Fatin Fatihah yusof!!!"